Pengenalan

Salam sejahtera buat semua pengunjung laman web Semak Nilai Hartanah.

Tidak kira samada anda adalah bakal pembeli rumah pertama ataupun anda sudah mempunyai pengalaman dalam pelaburan hartanah, sudah pasti anda mengetahui betapa pentingnya untuk “Market Value” ataupun “Nilai Pasaran”.

Berikut ada 5 sebab penting kenapa anda perlu mengetahui market value hartanah yang ingin anda beli:

  1. Supaya harga yang ditawarkan itu berada dalam range nilai yang diberikan oleh pihak bank. Ini sangat penting kerana polisi pembiayaan di Malaysia adalah 90% margin of financing untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua. Bermula dari pembiayaan rumah ketiga, margin of financing adalah hanya 70%.
  2. Jika anda adalah penjual (Vendor), adalah penting untuk anda memaksimakan keuntungan yang anda perolehi.
  3. Sekiranya anda adalah pembeli (Purchaser), market value adalah tersangat penting untuk anda ketahui supaya anda tidak terbeli hartanah yang dijual di atas nilai yang ditetapkan oleh pihak penilai. Akibat daripada membeli hartanah “above market value” adalah anda terpaksa untuk “top up” cash daripada duit simpanan anda sendiri.
  4. Supaya persetujuan tentang harga hartanah yang hendak dijual disepakati oleh semua pihak yang mempunyai pegangan dalam hartanah tersebut. Ini merujuk kepada kes-kes perceraian, harta pusaka, pecahan tanah lot, kadar peratus projek usahasama (Joint Venture), penentuan premium insurans, kadar pampasan jika terdapat kes pengambilan semula tanah (Land Acquisition), kadar sewaan dan juga dalam penentuan nilai aset oleh syarikat.
  5. Dan akhir sekali, supaya anda tidak terjebak dalam masalah seperti yang dialami oleh Khir Toyo pada tahun 2011 & Lim Guan Eng pada 2016 🙂